Program Bersama UiTM Shah Alam Siri III

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Program Bersama UiTM Shah Alam Siri III ini merupakan sebuah program sinambungan I dan II antara Pusat Internet Wilayah Tengah dengan UiTM Shah Alam. Program ini diteruskan lagi bagi untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tambahan keselamatan menggunakan internet. Program ini bermula daripada 3 September sehingga 6 September 2019 yang bertempat di Pusat Kokurikulam UiTM Shah Alam.

Program ini bukan sahaja memberi kesedaran digital dan mengadakan kempen kepada komuniti UiTM malah pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program berlangsung. Program ini mendapat sambutan yang memberansangankan kerana seramai 250 orang peserta telah melibatkan diri secara langsung dalam Program Bersama UiTM Siri III ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali